Make your own free website on Tripod.com
Pilih
tur'z ReFeREnCe
tur'z
Lain-Lain
Meet Them Now!!!!
Hubungi Turz sekarang!!!!

salji.jpg

bismillah.gif

To share something with you all

Perhatian: ini cuma  ekspresi demi kebaikan bersama. Tidak menggambarkan suasana keseluruhan.

 

 

 

Bukankah Rakan itu penawar

 

Nyanyikan lagu kedamaian

Sudah tentu aku bakal menyahutnya

 

Gemakan suara kesetiaan

Bisa pula aku curiga siapa haq siapa pula batilnya

 

Aku merafakkan setinggi kesyukuran selagi mana, masih ada sahabat-sahabat yang setia membaca penulisanku untuk kali ini.

 

Biar aku mulakan dengan frasa selanjutnya di dalam meneruskan tajuk perbincangan kita hari ini. Ya memang benar, Rakan itulah penawar namun rakan jua menjadi racunnya andai dia adalah daripada golongan kulat yang rosak.

 

 

Ehh..ko ni dah melampau Senah, kalau ko nak sokong sangat pihak tu pihak ini, ko sokonglah sorang-sorang, jangan nak menyibuknak tegur-tegur, apa yang aku buat yerk

 

janganlah nak berleter sakan yer..busy body!!!!  marah sungguh Asnah hari itu.

 

Fuhhh.. sakitnya hatiku dengan tamparan hebat mulut muslimat berbisa. Dialah antara pelajar yang aku sanjungi selama ini. Ahli bait yang telah sama-sama berkongsi suka duka dan jatuh bangun kami bersama sejak sekian tahunnya.

 

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam kitab-Nya yang amat mulia, bermaksud:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

 

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Suratul Zalzalah: 7-8

 

Firman Allah Subahanhu Wataala dalam kitab suci Al-Qurann, maksudnya;

 

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?

 
Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
 
Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya).
(Al-Furqan; 27-28-29)

  

Aku semakin merasai bagaimana Allah Subhanahu Wataala (S.W.T) mahu menguji akan kekuatan diriku. Dulu lain, maka kini juga lain. Aku pasrah.

 

Bagi menjaga konsep amal makruf nahi munkar yang sedang aku perjuangkan, sudah pasti sabar dan bertenang menjadi konsep yang sedia dituntut.

 

Kerana, pasti satu hari kebenaran akan menolak segala bentuk kebatilan.

 

Jam di dinding setia berpusing waktu sudahpun menjangkau 11.00 malam. Perlahan-lahan aku cuba untuk melelapkan mata kerana hari esok belum tentu aku akan menghirup udara milik-Nya seperti hari-hari yang telah aku lalui.

 

Asnah, aku maafkan engkau, aku juga mengharapkan segala bentuk kemaafan segala perbuatan buruk orang kepadaku malah aku juga tidak berkira-kira  mengharapkan orang lain juga berbuat sedemikian untuk diriku aku cuba memuhasabahkan diri.

 

Pemergian nenek Asnah telah menjadikan lampu yang merah sebelum ini bertukar kepada lampu hijau buat diri si cantik manis itu. Mana taknya, neneknya seorang ustazah, seketika arwah masih lagi hidup, banyaklah perkara-perkara pokok yang tidak boleh kami lakukan.

 

Antara peristiwa yang tidak boleh kami lupakan neneknya melarang dia dan aku daripada menghadiri program hari terakhir sebagai pelajar sekolah. Walhal, ketika itu kami rasa cukup hairan apa punya nenek ni, tak sporting langsung. Kita nak pergi makan saja. Program anjuran rakan-rakan sekelas pulak tu.  Salah ker?

 

Mungkin waktu itu kami tidak faham. Memang apa yang cuba dibawa oleh ketua kelas kami hanyalah makan-makan dan sambil-sambil terselit agenda sampingan.

Aku sedar, betapa ramainya rakan sebaya kami daripada golongan lelaki mahu menjadi teman rapatku. Banyak juga aku dengar cabaran-cabaran mereka
cuba laksanakan. Antaranya, desas desus siapalah yang bertuah untuk bercouple  denganku.

 

Namun itu bukanlah bentuk penghalang untuk kami memakai tudung labuh, seperti yang ditekankan oleh arwah ketika kami berada di luar sekolah.

 

Tidak salah untuk aku katakan, matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Kalau benda itu haram ia tetap dihukumkan haram. Kita ambil contoh daging khinzir. Daging itu tetap haram sekalipun disembelih berpuluh kali dengan apa niat sekalipun mahupun membaca bismillah seribu kali.

 

Berbalik kepada kisah arwah tadi, neneknya juga turut berjasa kepada diriku kerana mampu mengubah sedikit cara pemikiranku yang bisa terkongkong antara agama dan keduniaan. Alhamdulillah,

 

Dengan didikan awal yang cukup itu, ditambah pula kami menuntut dan khatam dalam jurusan yang sama di Kolej Islam tidak lama dulu tak sepatutnya dia mampu berubah sedemikian rupa.

 

Aku masih terkenang, bagaima program Minggu ISLAM Peringkat Kolej berjalan. Dia jugalah pengarahnya. Aku juga tidak dapat melupakan ketokohan yang ada di dalam dirinya, ketika menjadi saf kepimpinan dalam perwakilan mahasiswa. Walhal cita-cita kami serupa, mahu menjadi pendakwah.

 

 

Usahlah dikenang-kenang akan peristiwa lama itu, esok aku perlu memulakan tugas yang baru di dalam semester yang baru.

 

"krinngggg............kringgg........." jam loceng taat menunjukkan jarumnya ke arah nombor lima.

 

Alhamdulillah, aku tersenyum aku masih lagi mampu menyedut udara hari Selasa itu.

 

Lagipun perkara syukur ini telahpun ditekankan di dalam kitab suci Al-Quran:

 

"Sekiranya kamu syukur nescaya Aku tambahkan nikmat Ku ke atas mu dan jika kamu kufur tunggulah azab Ku yang pedih." 
(
Surah Ibrahim : 7)
 
Malah syukur ini cukup luas skopnya, andai kita mahu mempericikannya.

 

Aku bingkas bangun daripada katil, kerana masih sempat untuk Solat Tahajud dan sebagainya sebelum masuk waktu Subuh. Segala persiapan pula aku turutkan selepas selesai Solat Subuh. Makanminum tersemat di bawah tudung saji.

 

Menunggu bas di tempat tinggal adalah hampir setengah jam. Aku sering pula meluangkan masa menelaah bahan-bahan bacaan pemberian ustaz ketika kuliah dahulu sebagai persiapan ilmu dan amal.

 

Assalamualaikum, sihat ko Senah Tanya seseorang dari arah tepiku.

 

"A'laikmussalam, ehhh Asnah. Tadi aku kejut ko, tah ko kata tak sihat alhamdulillah aku sihat, ko ok?" lihatlah. sehingga begitu jadinya, semuanya kerana kami sudah kurang berbicara ketika satu bumbung di Taman K.

 

2 minit sebelum datangnya bas, tiba-tiba kereta Imran menjenguk kami berdua. Imran adalah bekas lulusan Perundangan dari salah satu Universiti terkemuka di United Kingdom. Imran yang aku kenali awal pembabitanku di dalam Konferens Budaya Islam dan Budaya Barat, adalah seorang pemuda yang bingkas berkata-kata demi kebaikan sejagat. Ntah.. aku pun kurang faham dengan waktu sekarang!!!

 

Sambil tersenyum meleret dan dipenuhi dengan adegan segan silu serta malu, Asnah perlahan-lahan membuka pintu kereta Imran,

 

Senah, maaf yer hari ni aku tak dapat pergi Universiti!!!! kereta itu mula hilang daripada pandanganku.

 

Seperti hari-hari biasa, aku setia mencatit dan mengambil segala nota pemberian Ustaz kepada Asnah, Apakah baik sangatnya aku ini??? walhal aku sedar.. tidak patut aku lakukan, kerana ia tetap salah daripada sudut etika pelajar.

Jauh di sudut hatiku, untuk aku melihat engkau jauh dan pergi jauh daripada perangai engkau dahulu, perangai ketika nenekmu masih ada dulu

Sering juga aku memikirkan, mampukah Imran untuk mendidik dan menyalakan semula api-api kebaikan yang telah lama padam dalam dirimu itu, wahai Asnah??

Mampukah pula Imran mendidik kamu supaya tidak lagi senang lenang keluar ke
sana ke mari tanpa ada ikatan yang sah??

Dan mampukah pula untuk Imran menyuruh kamu kekal di dalam menutup auratmu, yang sekejap bertudung, sekejap berkebaya ketat, baju pula berlengan pendek!!!!???

Apakata kita jengok sebentar perihal di atas yang telah termaktub di dalam hadis junjungan mulia Rasulullah Salallahu'alaihi Wassalam (S.A.W) riwayat Muslim :

"
Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian."

Allah Subhanahu Wataala (S.W.T) berfirman, maksudnya:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
(An-Nur:31)

Aku setia untuk mendoakan agar Allah Subhanahu Wataala mengurniakan hidayah-Nya kepada diriku sendiri, diri Asnah dan diri sahabat-sahabatku yang lain, semoga kita akan setia dan masih merasai nikmat Iman dan ISLAM hingga ke akhir hayat kita. Insya-Allah, insya-Allah.

Sebagai mengakhiri coretanku ini, sedarlah kita siapakah bakal penawar dan siapa pula menjadi racunnya?
Fahamilah, hakikat rakan adalah orang yang berpengaruh selepas keluarga....

Semoga diri penulis dan diri yang menulis mendapat keberkatan dan dilindungi daripada fitnah dunia, insya-Allah. Amieen Ya Rabb.

***(semua yang disebut di atas bukan nama sebenar)

Wallahualam.

 

 

 

 

 ----------------------------------------------

 

SaLaM KeCeRiAaN....

makkah-21.jpg

SRC='http://www.doodle-board.com/getboard.js'></>
<SCRIPT>writeboard(200,200,'zragos');</SCRIPT>

Kita Mampu Untuk Berdamai dan Didamai
makkah-21.jpg

UnTuKmU PaLaStInE

Hakikatnya:
Kita memerlukan Daulah Islamiyyah 
(Negara Islam) yang mensyariatkan 
perundangan Islam .
Firman Allah Subhanahu Wata'ala (S.W.T);
Kesudahannya Kami jadikan engkau 
(wahai Muhammad dan utuskan engkau) 
menjalankan satu Syariat 
(yang cukup lengkap) dari hukum-hukum 
agama;  maka turutlah Syariat itu, 
dan janganlah engkau menurut hawa nafsu 
orang-orang yang tidak mengetahui 
(perkara yang benar).
Suratul Jaathiyah :18
 
Justeru 
itu ,demi menyelamatkan ummah dari terus 
terbelenggu dalam lingkaran jahiliyyah 
moden ini, kita berkewajipan dan 
bertanggungjawab dengan segala upaya dan 
daya yang ada pada kita untuk memastikan 
Daulah Islamiyyah dapat ditegakkan.
 
insya-Allah.